Prinsip-prinsip asas common law Common_law

Statut yang mencerminkan common law Inggeris sentiasa difahami sebagai ditafsirkan dengan tradisi common law, maka ia mungkin meninggalkan sebilangan perkara yang tidak dikata kerana ia telah difahami berdasarkan undang-undang kes dan adat sebelumnya. Ini boleh dilihat dalam cabang undang-undang jenayah, dimana common law masih memerintah perihal jenayah di England, tetapi tidak di Amerika Syarikat kerana ia telah dikodifikasi. Kodifikasi adalah proses dimana satu statut diluluskan dengan tujuan menyusun dan memperkatakan semula kedudukan common law dalam satu dokumen daripada mencipta kesalahan-kesalahan baru, supaya common law terus menjadi releven kepada tafsiran mereka. Inilah sebabnya di Amerika sekolah-sekolah perundangan mengajar common law sebagaimana dipraktikkan pada tahun 1750 kerana semenjak itulah koloni-koloni Amerika mengalih daripada yang dipraktikkan di England. Di Malaysia, pekara yang sama berlaku dibawah undang-undang yang ditetapkan Akta Undang-undang Sivil 1956 dengan Seksyen 3 mengatakan bahawa common law hanya akan dipraktikkan sebagaimana di England setakat sebelum bulan April 1956 sahaja.

Sebagai kontras kepada kodifikasi oleh statut perundangan, sesetengah undang-undang hanya bersumberkan statut dan mungkin menimbulkan satu lagi sebab tindakan yang baru bebas daripada common law, sebagai contoh, tort kematian salah yang membenarkan sesetengah orang, biasanya ahli keluarga, untuk menyaman dan menuntut ganti rugi sebagai wakil si mati. Tiada tort begini dalam common law Inggeris maka apa-apa bidang kuasa yang tidak mempunyai statut kematian salah tidak akan membenarkan apa-apa tindakan undang-undang berdasarkan sebab berkenaan. Dimana statut kematian salah wujud, ganti rugi yang diberi dibatasi apa yang ditetapkan statut berkenaan sahaja, dan ini biasanya berhad. Mahkamah secara amnya menafsirkan statut yang memperkenalkan sebab tindakan tidak secara meluas iaitu, berhadkan kepada istilah tepatnya kerana mahkamah-mahkamah mengenalpasti bahawa hanya perundanganlah mempunyai kuasa menafsir maksud sebenar sesuatu statut, kecualilah kalau statut berkenaan melanggar persekutuan negara (bandingkan dengan aktivis kehakiman).

Di mana satu tort berdasarkan common law, semua ganti rugi yang dianugerahkan secara tradisinya merujuk kepada perskripsi common law mengenai tort berkenaan dengan tidak kira sama ada ia wujud atau tidak dalam undang-undang statut. Sebagai satu senario, satu orang yang telah mengalami kecederaan kepada anggota badannya melalui kecuaian seseorang yang lain boleh menyaman untuk bayaran kos perubatan, kesakitan, penderitaan, kehilangan keupayaan untuk berkerja serta hasil pekerjaan, kesakitan mental atau emosi yang dialami, kehilangan kualiti kehidupan, dan pelbagai lagi. Ganti rugi ini tidak perlu dihuraikan dalam statut kerana ia sudah pun ditegakkan dalam tradisi common law. Akan tetapi tuntutan berkenaan sebab tindakan yang perlukan statut seperti kematian salah, kebanyakan ini terhampus dengan kematian si pendakwa.